Logo-Description
Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Logo Description​​​

PostDateIcon

Last modified: 17/01/2014 01:52 AM |

PostAuthorIcon

by: SHAREPOINT\system


 

 

Logo

Keterangan

 

Warna

 

Warna Bendera Negara Brunei Darussalam iaitu hitam, puteh dan kuning; Warna keemasan pula melambangkan kekukuhan dan kestabilan sistem kewangan dan perbankan di Negara ini; manakala warna hijau pula melambangkan Agama Islam sebagai Ugama Rasmi Negara;

 

Rekabentuk 8 segi

 

Duit Syiling Malik Al-Dzahir (Sultan Pemerintah Yang Bijaksana) sewaktu pemerintahan Sultan Husein Kamaluddin (Marhum Di Luba) yang telah memerintah mulai tahun 1710 hingga 1730; dan 1737-1740, iaitu Sultan Brunei Yang Ke-16

 

Bulatan kecil yang melingkari panji-panji

 

Rekabentuk duit syiling lama sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Alauddin yang telah memerintah Brunei mulai tahun 1730 hingga 1737; Sultan Brunei Yang Ke-17. Rekabentuk ini digunakan semula pada duit syiling 50 sen sewaktu pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien (1950-1967), Sultan Brunei Yang Ke-28 yang mana masih digunakan sehingga sekarang;

 

Panji-panji

 

Panji-panji bendera Negara Brunei Darussalam



 

Secara keseluruhan konsep rekabentuk logo ini dipilih berpandukan kepada rekabentuk duit-duit syiling lama dan baru bagi mengekalkan kesinambungan sejarah rekabentuk duit-duit syiling yang telah digunakan pada masa silam.